Friday, May 26, 2017

PERTANDINGAN KHAT PERIBAHASA JAWI

1.1 PERTANDINGAN KHAT PERIBAHASA JAWI
(KATEGORI MENENGAH ATAS)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang sedang menuntut di tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
-          Peserta akan diberikan satu peribahasa bahasa Melayu.
-          Peserta tidak dibenarkan menukar peribahasa.
-          Setiap peserta dikehendaki menulis peribahasa tersebut dalam TULISAN JAWI sepenuhnya.
-          Alat tulis KHAT untuk menulis Khat Jawi hendaklah dibawa sendiri.
-          Peserta dikehendaki melukis awan larat atau membingkaikan peribahasa tersebut dengan corak geometrik. Bingkai atau awan larat hendaklah diwarnakan.
-          Kertas Lukisan atau Kertas Khat Jawi akan disediakan oleh pihak penganjur.
-          Masa yang diberikan ialah selama dua  jam (2 jam)
-          Setiap Tulisan Khat Peribahasa Jawi  yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis asal dan pihak penganjur berhak untuk mencetak atau menerbitkan Tulisan Khat Peribahasa Jawi tersebut.

-          Keputusan hakim adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment