Friday, May 26, 2017

BENGKEL KHAT JAWI (MENENGAH RENDAH)

1.1 BENGKEL KHAT JAWI
(KATEGORI MENENGAH RENDAH)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang sedang menuntut di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar dua orang peserta sahaja.(2 orang)
-          Peserta diminta membawa alatan khat sendiri
-          Masa berbengkel ialah selama tiga  jam (3 jam)
-          Setiap Tulisan Khat yang dihasilkan oleh peserta bengkel  tidak akan dikembalikan kepada dan pihak penganjur.

-          Bengkel bersama-sama tokoh Tulisan Jawi Negeri Johor.

PERTANDINGAN KHAT PERIBAHASA JAWI

1.1 PERTANDINGAN KHAT PERIBAHASA JAWI
(KATEGORI MENENGAH ATAS)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang sedang menuntut di tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
-          Peserta akan diberikan satu peribahasa bahasa Melayu.
-          Peserta tidak dibenarkan menukar peribahasa.
-          Setiap peserta dikehendaki menulis peribahasa tersebut dalam TULISAN JAWI sepenuhnya.
-          Alat tulis KHAT untuk menulis Khat Jawi hendaklah dibawa sendiri.
-          Peserta dikehendaki melukis awan larat atau membingkaikan peribahasa tersebut dengan corak geometrik. Bingkai atau awan larat hendaklah diwarnakan.
-          Kertas Lukisan atau Kertas Khat Jawi akan disediakan oleh pihak penganjur.
-          Masa yang diberikan ialah selama dua  jam (2 jam)
-          Setiap Tulisan Khat Peribahasa Jawi  yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis asal dan pihak penganjur berhak untuk mencetak atau menerbitkan Tulisan Khat Peribahasa Jawi tersebut.

-          Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN TRANSKRIPSI JAWI (MENENGAH RENDAH)

1.1 PERTANDINGAN TRANSKRIPSI JAWI
(KATEGORI MENENGAH RENDAH)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah yang sedang menuntut di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
-          Peserta akan diberikan petikan yang bertulisan RUMI. Kemudian setiap peserta dikehendaki membuat transkripsi petikan tersebut kepada tulisan jawi sepenuhnya.
-          Peserta tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan perkataan yang diberi,
-          Kertas jawapan akan disediakan oleh pihak penganjur.
-          Masa yang diberikan ialah selama satu jam (1 jam)

-          Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN EJA JAWI (MENENGAH RENDAH)

1.1 PERTANDINGAN EJA JAWI
(KATEGORI MENENGAH RENDAH)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang sedang menuntut di tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
-          Pertandingan akan dijalankan dalam dua pusingan
o   Pusingan Pertama:
§  Peserta akan diminta menulis ejaan yang betul berdasarkan perkataan yang disebut oleh juri.
§  Sebanyak 20 perkataan akan diberikan.
§  Peserta yang betul 18 perkataan dan ke atas akan memasukki Pusingan Kedua.
o   Pusingan Kedua:
§  Pusingan ini adalah pusingan menang mara.
§  Setiap peserta diminta mengeja perkataan yang disebut oleh juri dengan betul seorang demi seorang.
§  Peserta boleh bertanya tentang maksud perkataan sekiranya dapat membantu pemahaman terhadap perkataan tersebut.
§  Peserta yang salah mengeja dianggap kalah.
§  Peserta yang menang akan diminta untuk mengeja perkataan mengeja perkataan yang disebut oleh juri dengan betul seorang demi seorang.
§  Peserta yang salah mengeja dianggap kalah.
§  Peserta yang betul mengeja akan mengulangi pertandingan ini sehingga hanya tinggal satu sahaja pemenang yang menjawab betul kesemua perkataan yang disebut oleh juri.
§  Tidak dibenarkan ulang jawapan.

-          Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN EJA JAWI (MENENGAH ATAS)

1.1 PERTANDINGAN EJA JAWI
(KATEGORI MENENGAH ATAS)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang sedang menuntut di tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
-          Pertandingan akan dijalankan dalam dua pusingan
o   Pusingan Pertama:
§  Peserta akan diminta menulis ejaan yang betul berdasarkan perkataan yang disebut oleh juri.
§  Sebanyak 30 perkataan akan diberikan.
§  Peserta yang betul 25 perkataan dan ke atas akan memasukki Pusingan Kedua.
o   Pusingan Kedua:
§  Pusingan ini adalah pusingan menang mara.
§  Setiap peserta diminta mengeja perkataan yang disebut oleh juri dengan betul seorang demi seorang.
§  Peserta boleh bertanya tentang maksud perkataan sekiranya dapat membantu pemahaman terhadap perkataan tersebut.
§  Peserta yang salah mengeja dianggap kalah.
§  Peserta yang menang akan diminta untuk mengeja perkataan mengeja perkataan yang disebut oleh juri dengan betul seorang demi seorang.
§  Peserta yang salah mengeja dianggap kalah.
§  Peserta yang betul mengeja akan mengulangi pertandingan ini sehingga hanya tinggal satu sahaja pemenang yang menjawab betul kesemua perkataan yang disebut oleh juri.
§  Tidak dibenarkan ulang jawapan.

-          Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN MENGARANG PUISI/SAJAK TULISAN JAWI

1.1 PERTANDINGAN MENGARANG PUISI TULISAN JAWI
(KATEGORI MENENGAH ATAS)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang sedang menuntut di tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
-          Peserta dikehendaki mengarang PUISI tentang tajuk yang akan diberikan pada hari pertandingan.
-          Bentuk puisi juga akan dimaklumkan pada hari pertandingan.
-          Panjang  Puisi tidak melebihi 30 baris.
-          Puisi hendaklah karya asal pelajar tersebut sepenuhnya dan tidak menyentuh isu-isu sensitif sesuatu kamu, agama dan politik.
-          Puisi hendaklah ditulis menggunakan TULISAN JAWI sepenuhnya.
-          Kertas jawapan akan disediakan oleh pihak penganjur.
-          Masa yang diberikan ialah selama satu jam (1 jam)
-          Setiap puisi  yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis asal dan pihak penganjur berhak untuk mencetak atau menerbitkan puisi tersebut.

-          Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN MENGARANG CERPEN TULISAN JAWI (MENENGAH ATAS)

1.1 PERTANDINGAN MENGARANG CERPEN TULISAN JAWI
(KATEGORI MENENGAH ATAS)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah yang sedang menuntut di tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
-          Peserta dikehendaki menulis cerpen  bertemakan REMAJA.
-          Panjang cerpen  tersebut hendaklah lebih daripada 1500 perkataan.
-          Cerpen hendaklah ditaip menggunakan TULISAN JAWI sepenuhnya langkau dua baris menggunakan saiz font 12.
-          Cerpen hendaklah karya asal pelajar tersebut sepenuhnya dan tidak menyentuh isu-isu sensitif sesuatu kamu, agama dan politik.
-          Masa yang diberikan ialah selama 3 minggu mulai (1 JUN 2017 hingga 21 JUN  2017)
-          Cerpen hendaklah dihantar melalui e-mel. E-melkan cerpen ke alamat e-mel berikut:
-          Setiap cerpen  yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis asal dan pihak penganjur berhak untuk mencetak atau menerbitkan cerpen tersebut.

-          Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI JAWI (MENENGAH RENDAH)

1.1 PERTANDINGAN MENGARANG ESEI JAWI
(KATEGORI MENENGAH RENDAH)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang sedang menuntut di tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
-          Peserta dikehendaki menulis Esei tentang SATU  tajuk yang akan diberikan pada hari pertandingan berdasarkan tema berikut:
o   Pendidikan
o   Pelancongan
o   Bahasa
o   Alam Sekitar
o   Sejarah
o   Remaja
-          Panjang esei tersebut hendaklah lebih daripada 180 perkataan.
-          Esei hendaklah ditulis menggunakan TULISAN JAWI sepenuhnya.
-          Isi yang diperlukan untuk menulis esei ialah 3 isi yang dihuraikan dengan baik dan berkesan.
-          Esei hendaklah karya asal pelajar tersebut sepenuhnya dan tidak menyentuh isu-isu sensitif sesuatu kamu, agama dan politik.
-          Esei hendaklah ditulis pada hari pertandingan.
-          Masa yang diberikan ialah selama satu jam (1 jam)
-          Kertas jawapan akan disediakan oleh pihak penganjur.
-          Peserta diminta membawa alat tulis sendiri.
-          Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis asal dan pihak penganjur berhak untuk mencetak atau menerbitkan esei tersebut.

-          Keputusan hakim adalah muktamad.

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI JAWI (MENENGAH ATAS)

1.1 PERTANDINGAN MENGARANG ESEI JAWI
(KATEGORI MENENGAH ATAS)
-          Peserta mestilah terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang sedang menuntut di tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah tersebut.
-          Satu sekolah dibenarkan menghantar SEORANG peserta sahaja.
-          Peserta dikehendaki menulis Esei tentang SATU  tajuk yang akan diberikan pada hari pertandingan berdasarkan tema berikut:
o   Warisan
o   Siber
o   Jenayah
o   Rasuah
o   Jati Diri
-          Panjang esei tersebut hendaklah lebih daripada 350 perkataan.
-          Esei hendaklah ditulis menggunakan TULISAN JAWI sepenuhnya.
-          Isi yang diperlukan untuk menulis esei ialah 5 isi yang dihuraikan dengan baik dan berkesan.
-          Esei hendaklah karya asal pelajar tersebut sepenuhnya dan tidak menyentuh isu-isu sensitif sesuatu kamu, agama dan politik.
-          Esei hendaklah ditulis pada hari pertandingan.
-          Masa yang diberikan ialah selama satu jam tiga puluh minit (1 jam 30 minit)